• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Salurkan Maklumat

Facebook

Demi Masa

Sejarah Pusaka Gayong

Hubungi Kami

Maklumbalas PDF Print E-mail
Ruangan maklumbalas akan dimuatnaik dari masa ke semasa.
Bagi yang mengajukan soalan kepada pihak kami sila layari dilaman ini atau didalam email anda

SOALAN 1 (oleh Firdaus):

Apakah Ibu Gayong?

Jawapan oleh Datuk Raja Abdul Majid Md Isa
Ibu Gayong bukanlah amalan kebatinan khusus seperti yang disebutkan ramai orang. Ia sebenarnya adalah amalan biasa dalam Silat Seni Gayong iaitu amalan sebagai umat Islam seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT, yang paling utama ialah solah 5 waktu sehari semalam. Membaca Alfatihah 17 kali sehari dalam solat, berselawat dan memberi salam.. Menambahkan kekuatan amalan itu ialah Surah Al-Ikhlas sebanyak 70,000 kali yang akan menjadi benteng pertahanan diri kita pada masa-masa yang diperlukan. Sebagai orang silat, kita mungkin mampu bertahan berdepan 2-3 orang tetapi bagaimana dengan jumlah yang ramai. Di sinilah amalan ibu gayong tadi berguna kerana kita akan diselamatkan dengan izin Allah... Ayat Qulhu adalah kekuatan kita tetapi tidak akan berguna tanpa solat.. Kesimpulannya, ibu gayong bukanlah ilmu kebatinan khusus dan sebenarnya boleh dikuasai sesiapa saja asalkan kekal dengan perintah Allah dan khatam Qulhu..

SOALAN 2 (MOHAMAD IFNI AFANDI):

Adakah Pusaka Gayong mempusakai Gayong Malaysia?

Jawapan oleh Datuk Raja Abdul Majid Md Isa
Tidak sama sekali kerana Pusaka Gayong tertubuh pun disebabkan oleh berlaku pemecatan terhadap saya akibat fitnah oleh individu tertentu pada 1976. Sebenarnya ramai yang tidak faham yang Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman (ADMAR) bukanlah tiba-tiba menggerakkan Silat Seni Gayong tetapi telah menerima amanat dari Laksamana Hang Tuah pada 1936 di Padang Sanai. Kata Hang Tuah, gerakkanlah Gayong ini sebagai perjuangan bangsa dan agama kita. Inilah amanat Hang Tuah yang menjadi pencetus kepada pembentukan Gayong. Berbalik pada soalan, selepas saya dipecat, bekas Menteri Besar Kedah yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri yang dilantik sebagai Khalifah Besar oleh ADMAR sendiri, Syed Ahmad Shahabudin rasa tidak puas hati dan arahkan Sharif Burung Hantu dan Datuk Lah Ismail buat perjumpaan yang sepakat untuk bertemu ADMAR semula untuk merayu menerima saya kembali. Kami ke rumah ADMAR dengan 1 bas dan 9 kereta tetapi ADMAR kekal dengan keputusannya. Ceirta mengenai hal ini banyak sudah diceritakan. Dengan diketuai Datuk Lah sekali lagi kami bermesyuarat dan sepakat mendaftarkan Pusaka Gayong selepas cadangan Shuib Hussin dari Sungai Petani yang menjelaskan bahawa Gayong bukan sepenuhnya dari ADMAR tetapi atas pusaka amanat Hang Tuah.. Kerana itulah kami memilih nama pusaka..

SOALAN 3 (FADLI ROSLAN)

Apakah maksud tersirat di sebalik cara anak Gayong bersalaman?

Jawapan oleh Datuk Raja Abdul Majid Md Isa
Tidak ada apa yang istimewanya. Ia sekadar lambang perkenalan. Tidak lebih dari itu. Sekurang-kurangnya apabila salam gayong disambut, kita tahu yang rakan itupun Gayong.. Setakat pengetahuan saya, tidak ada sebarang maksud tersirat..

SOALAN 4 (Muhamad Farhan Bin Abu Bakar)

Apakah status sebenar Cikgu Ismail Chik di Pulau Pinang, adakah beliau masih YDP PSSPGM di sana?

Jawapan oleh Cikgu Shamsul Putra, Ketua Perhubungan PSSPGM Pusat
Tidak ada berlaku sebarang perubahan di sini dan beliau yakni Cikgu Ismail Chik masih kekal sebagai YDP di Pulau Pinang.

SOALAN 5 (MOHAMAD FIRDAUS MOHAMAD HANIB)

Mengenai jawatan Imam Khalifah Agong yang kini diberi kepada Perdana Menteri, apakah ia jawatan kekal atau akan berubah sekiranya berlaku perubahan di peringkat pimpinan tertinggi negara?

Jawapan oleh Cikgu Shamsul Putra, Ketua Perhubungan PSSPGM Pusat
Jawatan itu memang dikhususkan untuk Perdana Menteri. Ia jawatan yang boleh berubah berdasarkan siapa yang memimpin negara. Tidak timbul soal ia milik khas orang tertentu atau parti tertentu. Dalam Pusaka Gayong, kita tidak bersifat politik kepada satu parti. Jika merujuk kepada senarai pemegang sandang, ada juga sandang yang diberi kepada pimpinan parti lain.