• An Image Slideshow
  • An Image Slideshow
  • An Image Slideshow

Salurkan Maklumat

Facebook

Demi Masa

Sejarah Pusaka Gayong

Hubungi Kami

Laman Rasmi Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia
Hebahan Terkini PDF Print E-mail

 

Assalamualaikum saudara-saudari segayong semua,

Harap maklum.Arahan daripada Jawatan Kuasa Pentadbiran Pusat,semua ahli pusaka gayong

hendaklah mengisi "BORANG MAKLUMAT DIRI AHLI"(sila tekan link disebelah)

Ia bertujuan untuk menyimpan dan mengemaskini nama-nama ahli serta senarai gelanggang bagi

setiap negeri.kerjasama anda amat kami hargai

SEKIAN,TERIMA KASIH


Assalamualaikum dan Salam Segayong,

Adalah dimaklumkan,

borang kad keahlian disediakan untuk dimuat turun bagi memudahkan semua anak gayong untuk memohon kad keahlian yang terbaru

yuran kad adalah seperti berikut:-

Anak Gayong berumur 18 tahun ke atas : RM50

Anak Gayong berumur 17 tahun kebawah : RM30

MEMO PSSPGM : BERKENAAN KAD KEAHLIAN PINTAR PSSPGM BAHARU

FUNGSI KAD KEAHLIAN BAHARU

BORANG KAD KEAHLIAN PSSPGM | BORANG AHLI GABUNGAN PSSPGM

kad keahlian2

 

 


 

Assalamualaikum dan salam segayong,

Hebahan daripada Setiausaha Agung PSSPGM, Lembaga Tertinggi Adat Istiadat memutuskan, 

semua yang diberi amanah sebagai wakil mandi tapak telah ditarik balik .

Semua wakil mandi tapak tidak dibenarkan melakukan mandi tapak atau mandi seni 

sehingga Mesyuarat Agung dijalankan dan lantikan semula wakil mandi tapak.

Lembaga Tertinggi Adat Istiadat PSSPGM mengenal pasti berlakunya salah guna ketika 

menjalani mandi tapak. 

Sehubungan itu setelah dipersetujui Lembaga Tertinggi Adat Istiadat :-

- Hanya Dato Raja Abdul Majid Md Isa(Pak Ndak Majid) dan Cikgu Ismail Chik( Pak Tam Mail) 

sahaja yang boleh menjalankan mandi tapak

- Hanya Dato Raja Abdul Majid Md Isa sahaja boleh menjalankan mandi seni.

 

 


 

Assalamualaikum,

Makluman kepada semua anak-anak gayong, PSSPGM Pusat mengeluarkan edisi terhad Stiker

bagi kereta dan motorsikal.

Harga adalah seperti berikut:

untuk kereta : rm30

untuk motorsikal : rm15

(10% daripada hasil penjualan sticker kereta dan motorsikal akan disalurkan kedalam

tabung pertubuhan(pembangunan)

Berminat sila hubungi setiausaha kerhormat: cikgu shamsul putra

Untuk pengetahuan stiker telah dikelaskan kepada beberapa bahagian:-

 

1: Bagi Pemegang Sandang ketua adat dan waris beradat:

2: Bagi pemegang sandang Khalifah Muda,Panglima Hitam dan Ketua Panglima Hitam

3: untuk dato-dato,ahli koperat-ahli koperat dan ahli bersekutu berpangkat

4: untuk pemegang Sandang Singa Malaya,Harimau Malaya,ketua Waris Beradat

dan Lembaga Tertinggi

5: Bagi pemegang sandang penasihat kehormat.

6: Untuk pemegang sandang Iman Gelanggang, Timbalan Imam Gelanggang

dan anak-anak gayong